BAGHDAD, 31 Dis – Iraq menjatuhkan hukuman ke atas lebih 600 warga asing termasuk kaum wanita dan puluhan kanak-kanak pada tahun 2018 yang tergolong dalam kumpulan Islamic State (IS), kata badan kehakiman hari ini.
Iraq mengumumkan ‘kemenangan’ ke atas IS pada akhir 2017 selepas perang tiga tahun menentang kumpulan jihad, yang pernah mengawal hampir satu pertiga negara itu serta sebahagian besar kejiranan Syria. Sekitar 20,000 orang yang disyaki berkaitan IS telah ditangkap sejak 2014.
Jurucakap badan kehakiman Abdel Sattar Bayraqdar berkata hari ini, ‘seramai 616 lelaki dan wanita didakwa ahli IS telah dibicarakan’ pada 2018 dan dihukum di bawah undang-undang anti pengganasan Iraq. Mereka terdiri daripada 466 wanita, 42 lelaki dan 108 kanak-kanak, ujarnya.
Bagaimanapun Bayraqdar tidak menjelaskan hukuman yang dijatuhkan. – AFP