Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iraq kemuka aduan kepada PBB

    BAGHDAD, 17 JAN – Iraq mengemukakan aduan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) susulan tindakan Iran melancarkan serangan ke atas bandar Erbil di Kurdistan, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik agensi berita Iraq, INA hari ini.

    Kementerian Luar Iraq memaklumkan bahawa aduan itu difailkan kepada setiausaha agung PBB dan presiden Majlis Keselamatan. 

    “Pencerobohan itu dianggap sebagai pencabulan terang-terangan terhadap kedaulatan dan integriti wilayah Iraq dan keselamatan rakyat Iraq,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan. Kelmarin, Iraq memanggil kuasa usaha Iran di Baghdad untuk menyatakan bantahan terhadap serangan itu.Letupan kuat menggegarkan wilayah autonomi Kurdistan pada Isnin.

    Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) kemudian dilaporkan berkata mereka menyerang sasaran di utara Iraq dan Syria dengan peluru berpandu balistik sebagai tindak balas terhadap serangan pengganas di Iran baru-baru ini. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda