BAGHDAD, 3 Okt – Kerajaan Iraq kelmarin mengutuk serangan tembakan besar-besaran di Las Vegas di negeri Amerika Syarikat di Nevada yang mengorbankan sekurang-kurangnya 58 orang dan mencederakan ratusan yang lain.
Serangan itu “menggariskan kepentingan meningkatkan usaha antarabangsa untuk membasmi keganasan dan menyusuli sumber sokongan dan pembiayaannya,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri Haider al-Abadi.
Kumpulan militan Islamic State mendakwa bertanggungjawab bagi insiden tersebut di Las Vegas, tetapi pihak berkuasa AS telah menafikannya, dengan mengatakan bahawa tidak ada apa pun yang dapat mengaitkan serangan itu terhadap mana-mana organisasi keganasan antarabangsa.
Pada malam Ahad, penembakan besar-besaran berlaku di sebuah konsert di Las Vegas mengakibatkan sekurang-kurangnya 58 orang terbunuh dan kira-kira 515 yang lain cedera. – Xinhua