Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iraq lancar dana perangi kemiskinan

    BAGHDAD, 31 Jan – Kerajaan Iraq semalam melancarkan Dana Sosial bagi Pembangunan (SFD) dengan modal permulaan AS$300 juta, yang bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di negara yang terjejas akibat peperangan itu.

    SFD ditubuhkan dengan kerjasama pertubuhan masyarakat sivil di bawah sokongan Bank Dunia terhadap pelan strategik kerajaan Iraq, lapor agensi berita China Xinhua.

    “SFD akan memulakan operasi berdasarkan hasil kajian pembangunan di kawasan luar bandar di tiga wilayah dalam tahap pertama; Al-Muthanna iaitu antara wilayah termiskin di Iraq, Salahuddin sebagai yang paling terjejas dan termiskin di kawasan luar bandar, serta Dohuk sebagai antara wilayah yang menerima sejumlah besar pelarian terdiri daripada orang tersingkir yang lari dari pertempuran untuk membebaskan diri daripada pengganas IS (Daesh),” kata Menteri Perancangan Iraq, Nouri Sabah Al-Dulaimi, dalam satu sidang akhbar di Baghdad.

    “Empat wilayah akan dimasukkan dalam rangka kerja peruntukan dana itu bagi tahun kedua, dan semua wilayah akan diliputi pada tahun ketiga,” kata al-Dulaimi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda