BAGHDAD, 20 Julai – Presiden Iraq, Fuad Masum bertemu dengan Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry di sini kelmarin untuk membincangkan cara meningkatkan hubungan dua hala, dengan mengatakan mereka melihat semua isu serantau.
Bercakap pada sidang akhbar bersama Jaafari, Shoukry berkata beliau membincangkan dengan persediaan pegawai-pegawai Iraq untuk mengadakan jawatankuasa gabungan di peringkat perdana menteri kedua-dua negara.
Pertemuan itu dihadiri Perdana Menteri Iraq Haider al Abadi dan Menteri Luar Ibrahim al Jaafari. – Xinhua