BAGHDAD, 5 OGOS – Suruhanjaya antirasuah Iraq berkata hari ini ia telah menemui AS$1 bilion yang dicuri dari tabung kerajaan dalam masa enam bulan pertama tahun ini, dalam usaha terbaharu untuk menangani rasuah.
Suruhanjaya Integriti berkata 857 waran tangkap telah dikeluarkan ke atas para pegawai kerajaan yang 407 daripadanya telah ditahan.
Rasuah adalah endemik di seluruh Iraq, yang berada di kedudukan ke-12 negara paling korup di dunia menurut Indeks Persepsi Rasuah Transparency International. – AFP