BAGHDAD, 22 NOV – Iraq mengesahkan menerima 1.2 juta dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech melalui skim perkongsian Akses Global Vaksin COVID-19 (Covax) ketika berdepan kebimbangan berlakunya gelombang keempat di negara itu.
Hampir tujuh juta rakyat Iraq menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, berjumlah 17.5 peratus daripada 40 juta penduduk negara itu, berdasarkan angka kerajaan.
Kementerian Kesihatan Iraq mengumumkan pada hari Sabtu ketibaan penghantaran lebih daripada 1.2 juta dos vaksin Pfizer melalui program Covax dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
“Kami menjangkakan akan memasuki gelombang keempat dan ia boleh menjadi varian baharu,” kata jurucakap kementerian Saif al-Badr kepada televisyen kerajaan. – AFP