Monday, September 30, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ireland denda Meta AS$102 juta

    DUBLIN, 29 SEPT – Pengawal selia Ireland yang membantu mengawal privasi data Kesatuan Eropah (EU) Jumaat lalu berkata ia telah mendenda pemilik Facebook, Meta, 91 juta euro (AS$102 juta) kerana pelanggaran keselamatan kata laluan.

    Suruhanjaya Perlindungan Data (DPC) mengkritik Meta kerana gagal melaksanakan langkah keselamatan yang sesuai untuk melindungi data kata laluan pengguna dan mengambil masa terlalu lama untuk memaklumkan pengawal selia mengenai isu tersebut.

    Siasatan telah dilancarkan pada April 2019 selepas Meta Ireland memaklumkan pengawal selia ia telah menyimpan kata laluan tertentu pengguna media sosial secara tidak sengaja dalam format yang boleh dibaca pada sistem dalamannya, kata DPC dalam satu kenyataan.

    “Ia diterima secara meluas bahawa kata laluan pengguna tidak boleh disimpan dalam teks biasa, dengan mengambil kira risiko penyalahgunaan yang timbul daripada orang yang mengakses data sedemikian,” kata Ketua Komunikasi Pengawal Selia, Graham Doyle.

    Doyle memberitahu AFP pelanggaran itu, yang berlaku pada Januari 2019, menjejaskan 36 juta pengguna Facebook dan Instagram di seluruh Kawasan Ekonomi Eropah, yang terdiri daripada EU serta Iceland, Liechtenstein dan Norway.

    Pengawal selia mengkritik Meta kerana tidak memaklumkan DPC tentang masalah itu sehingga Mac 2019. – AFP

    Gambar fail bertarikh 16 Mei 2012 menunjukkan logo Facebook dipaparkan pada peranti mudah alih di Philadelphia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda