Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ireland isytihar kecemasan iklim

    DUBLIN, 10 Mei – Parlimen Ireland telah menjadi yang kedua selepas Britain untuk mengisytiharkan kecemasan iklim, satu keputusan yang disokong oleh aktivis remaja bagi alam sekitar, Greta Thunberg, dianggapnya sebagai ‘berita hebat’.

    Satu pembetulan pada laporan parlimen mengisytiharkan ‘kecemasan iklim’ dan menggesa parlimen ‘untuk meneliti bagaimana (kerajaan Ireland) boleh memperbaiki tindak balasnya terhadap isu kehilangan biodiversiti’, telah diterima tanpa undian semalam.

    Pemimpin Parti Green Ireland, Eamon Ryan, yang meminda pembetulan itu, menganggap keputusan itu sebagai ‘bersejarah’.

    Thunberg, aktiviti berusia 16 tahun, yang telah mengetuai bantahan-bantahan di seluruh Eropah dan menjadi antara suara yang lantang bagi pergerakan hijau, menggesa lebih banyak negara mengambil langkah serupa.

    “Berita hebat dari Ireland!! Siapa seterusnya?” kata Thunberg.

    Parlimen Britain menjadi yang pertama di dunia untuk mengisytiharkan kecemasan iklim, meluluskan langkah simbolik itu pada 1 Mei.

    Langkah itu dibuat susulan 11 hari bantahan di jalan-jalan London oleh kumpulan alam sekitar Extinction Rebellion.

    Matlamat Extinction Rebellion adalah untuk menghapuskan pengeluaran gas rumah hijau global hingga sifar menjelang 2025 dan menamatkan kehilangan biodiversiti, langkah-langkah yang telah mendapat sokongan ahli politik berhaluan kiri di seluruh dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda