Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    IRGC Iran lancarkan peluru berpandu balistik

    TEHRAN, 13 FEB – Seorang komander tentera tertinggi Iran berkata Pengawal Tentera Revolusi Islam (IRGC) negara itu telah berjaya melancarkan peluru berpandu balistik jarak jauh dari salah sebuah kapal penjelajahnya, lapor agensi berita separuh rasmi Fars, kelmarin.

    Ketua Komander IRGC, Hossein Salami, membuat kenyataan itu dalam temu bual televisyen sambil mengulas mengenai pencapaian terbaharu tentera laut pasukan itu, kata laporan itu.

    Beliau berkata, peluru berpandu balistik itu dilancarkan sebagai sebahagian daripada kerjasama bersama antara Bahagian Aeroangkasa IRGC dan Tentera Laut.

    “Pencapaian terbaharu itu telah meningkatkan jangkauan pengaruh dan kuasa tentera laut kami ke mana-mana tempat yang dikehendaki. Kapal penjelajah lautan kami boleh berada di mana-mana bahagian lautan dan secara semula jadi, apabila kami boleh menembak peluru berpandu daripada mereka, tiada lagi tempat selamat untuk mana-mana kuasa yang menggugat keselamatan kami,” kata Salami.

    Ketua komander itu berkata dengan ketibaan sejumlah besar dron, peluru berpandu jelajah dan juga peluru berpandu balistik dengan ketepatan dan mampu menyasarkan kapal perang di laut, pertahanan laut dan kuasa serangan IRGC menampilkan ‘kombinasi yang sangat kompleks, terkini, maju dan moden.”

    Dia memberi amaran IRGC dan angkatan bersenjata Iran akan memberikan respons yang ‘sesuai dan kuat’ terhadap sebarang konspirasi dan tindakan bermusuhan. – Xinhua

    Gambar Web Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Presiden Iran cadang pindah ibu negara akibat krisis air melampau

    TEHRAN, 20 NOV - Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, hari...

    Iran laksana pembenihan awan untuk bendung kemarau

    TEHRAN, 16 NOV — Pihak berkuasa Iran memulakan operasi...

    Lelaki bunuh doktor dihukum mati

    TEHRAN, 11 NOV – Pihak berkuasa Iran hari ini...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...