Pelakon terkenal Indonesia Irish Bella memfailkan cerai terhadap suaminya iaitu Ammar Zoni lapor media negara berkenaan.
Penceraian itu difailkan sebulan selepas Ammar dibebaskan daripada hukuman penjara atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
Perkata itu disahkan sendiri oleh Hakim Pengadilan Agama Depok di Indonesia iaitu M Kamal Syarif. ‘Fail cerai itu dibuka pada 6 November 2023 lalu’, kata Kamal Syarif.
Menurut laporan mStar, perbicara-an hari pertama mereka juga telah berlangsung pada 16 November lalu namun kedua-duanya tidak menghadirkan diri.
Desas-desus pasangan tersebut telah berpisah apabila Ammar pada pertengahan Oktober lalu memaklumkan tidak lagi tinggal serumah bersama isterinya sejak keluar dari penjara. Mereka berdua kini tinggal di rumah keluarga masing-masing. – Agensi