MIAMI, 11 Sept – Taufan Irma, yang telah menumbangkan kren, membanjiri jalan-jalan raya dan mengakibatkan jutaan penduduk tanpa bekalan elektrik, beransur lemah hari ini dan masih membadai sebahagian kawasan Florida dalam laluannya ke utara. Kekuatan Irma semakin berkurangan menjadi taufan Kategori 1 awal hari ini dan peramal kaji cuaca menjangkakan ia akan bertukar menjadi ribut