Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Irving enggan kongsi status vaskinasi

    LOS ANGELES, 28 SEPT – Bintang NBA, Kyrie Irving tidak hadir ke sesi media pasukan Brooklyn Nets semalam disebabkan protokol COVID-19 dan enggan membincangkan mengenai status vaksinasinya, yang mungkin menghalang pemain tersebut dari bermain perlawanan di laman sendiri pada musim ini.

    “Saya ingin perkara tersebut supaya menjadi urusan peribadi,” Irving memberitahu wartawan melalui panggilan Zoom.

    “Saya tahu setiap hari tidak kira apa sahaja saya akan tetap berada di sini dan menghadirkan diri untuk rakan sepasukan saya sebagai salah seorang pemimpin pasukan,” ujarnya.

    “Saya mengetahui saya mesti sentiasa fokus pada setiap masa, tidak boleh terganggu. Itu perkara terakhir yang saya inginkan, lebih banyak gangguan dan lebih banyak perkara yang kurang penting serta lebih banyak drama menyelubungi semua ini.”

    Irving menyertai senarai yang semakin bertambah pemain-pemain NBA, termasuk pemain Washington Wizards Bradley Beal, Jonathan Isaac dari Orlando Magic dan pen-yerang Golden State Warriors Andrew Wiggins, yang dengan tegas mengatakan tidak atau tidak meluahkan sebarang keraguan mengenai mendapatkan vaksin. Irving tidak menghadiri sesi media disebabkan oleh protokol baharu koronavirus di Bandar New York.

    Semalam, Irving mengulangi permintaannya untuk mendapatkan privasi apabila ditanya mengenai situasi tersebut.

    “Saya melakukan dengan sebaik mungkin mengekalkan hasrat murni dan tingkah laku yang baik,” katanya.

    Perlawanan pertama pra musim Brooklyn Nets adalah pada 8 Oktober nanti di Barclays Center. – AFP

    Gambar fail aksi Kyrie Irving semasa perlawanan mewakili Brooklyn Nets musim lalu. Irving enggan mendedahkan status vaksinasi kepada umum dan tidak menghadiri sidang media disebabkan protokol COVID-19. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda