LOS ANGELES, 28 SEPT – Bintang NBA, Kyrie Irving tidak hadir ke sesi media pasukan Brooklyn Nets semalam disebabkan protokol COVID-19 dan enggan membincangkan mengenai status vaksinasinya, yang mungkin menghalang pemain tersebut dari bermain perlawanan di laman sendiri pada musim ini. “Saya ingin perkara tersebut supaya menjadi urusan peribadi,” Irving memberitahu wartawan melalui panggilan Zoom.