Irving sedia sumbang AS$1.5 juta untuk WNBA

MIAMI, 28 JULAI – Kyrie Irving telah berjanji menyumbang AS$1.5 juta untuk memberikan sokongan kewangan kepada pemain WNBA yang memilih untuk menamatkan musim ini, kata bintang Brooklyn Nets itu, kelmarin.

Irving akan mengagihkan wang dari dana KAI Empowerment Initiative yang baru ditubuhkannya, kata satu kenyataan.

Beberapa pemain telah memutuskan untuk tidak mengikuti musim WNBA yang dipendekkan, kerana kebimbangan mengenai COVID-19 atau isu-isu reformasi keadilan sosial.

Irving mengatakan bahawa dia telah mengatur program itu setelah berbincang dengan pemain WNBA Natasha Cloud dan Jewell Loyd.

Bintang Washington, Cloud adalah salah satu pemain pertama yang memilih untuk tidak ikut serta kembali musim ini.

“Saya telah berhubung dengan beberapa pemain WNBA yang telah memutuskan untuk bermain dan mereka yang telah memutuskan untuk tidak bermain,” kata Irving dalam satu kenyataan.

“Dalam perbualan ini, saya telah belajar mengenai cabaran dan peluang keputusan mereka dan bagaimana ia akan mempengaruhi kehidupan, keluarga dan kesejahteraan mereka secara keseluruhan.

“Platform ini diciptakan untuk memberi sokongan kepada semua pemain WNBA dengan harapan dapat meringankan beberapa tekanan kewangan.” – AFP

Gambar fail pada 16 Februari lalu menunjukkan Kyrie Irving dari Boston Celtics ketika beraksi pada perlawanan menentang Team Giannis pada suku pertama perlawanan NBA All-Star di Spectrum Center di Charlotte, North Carolina.