Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Irwansyah beri amaran tentang penggodam

    Pelakon dan penyanyi Indonesia, Irwansyah, mengingatkan orang ramai yang menerima mesej pelik daripada nombor telefon mahupun Facebooknya supaya tidak melayani perkara itu.

    Hal ini kerana, pihak tidak bertanggungjawab telah menggodam aplikasi dan cuba memperdayakan mangsa yang berada dalam data hubungan komunikasinya.

    Peringatan tersebut disampaikan suami kepada aktres, Zaskia Sunkar itu dalam Instagram selepas beberapa kenalan bertanya semula permintaan meminjam wang yang diterima mereka menerusi mesej, lapor Kosmo.

    “Teman semua, sesiapa yang terima mesej dari nombor telefon lama saya sila sekat terus. Jangan terpedaya dengan penggodam licik,” tulisnya.

    Irwansyah juga menunjukkan paparan ‘chat’ daripada penipu kepada seorang rakan yang kononnya penyanyi tersebut yang meminta untuk meminjam wang sebanyak RM1,500. – Agensi

    Irwansyah mengingatkan orang ramai supaya menyekat pengguna yang menghantar mesej menggunakan nombor telefonnya. – Kosmo Digital
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda