Friday, March 21, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    IS ‘ancam’ serang Euro 2017

    THE HAGUE, 14 Julai – Para pegawai tindak balas Pengganas Belanda berkata bahawa mereka tidak menemui ‘ancaman konkrit’ ke atas kejohanan bola sepak Euro 2017, UEFA Wanita selepas menerima satu laporan mengenai ancaman serangan oleh IS.

    “Tidak ada petanda bahawa satu serangan akan dibuat ke atas Kejuaraan bola sepak Eropah Wanita,” menurut kenyataan dari agensi tindak balas pengganas Belanda, NCTV.

    Kumpulan itu telah meminta ‘para penyerang untuk menyerang Stadion Galgenwaard di Utrecht pada 19 Julai, hari perlawanan di antara England dan Scotland, menurut laman web SITE.

    Sepak mula bagi kejohanan bola sepak Eropah wanita itu akan berlangsung pada hari Ahad dan berlangsung selama tiga minggu, dengan perlawanan akhir dijadualkan pada 6 Ogos di bandar Belanda, Enschede.

    Kumpulan Perisik SITE berkata bahawa ia telah mengesan mesej itu, yang termasuk dua gambar stadium tersebut, pelan tempat duduk dan peta laluan, pada siaran Telegram pro-IS.

    Dan ia ‘tidak akan mengendahkan perkara itu’ dan dengan kerjasama persatuan bola sepak Belanda, tindakan keselamatan akan dipertingkatkan di stadium-stadium bagi memastikan orang ramai selamat. Ini akan termasuk kehadiran polis yang lebih ketara dan kawalan masuk yang lebih ketat.

    NCTV melakukan perhubungan berterusan dengan pihak berkuasa dan para penganjur acara-acara besar seperti kejohanan bola sepak wanita dan ‘memberikan perhatian penuh’ kepada mesej-mesej, jelas jurucakap itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda