WASHINGTON, 1 Mei – Isaiah Thomas mengetepikan masalah kehilangan gigi dan kesedihan terhadap pengebumian adik perempuannya untuk menjaringkan 33 mata semalam, menerajui kemenangan Boston Celtic ke atas Washington 123-111 dalam perlawanan playoff NBA.
Thomas mencatatkan 11 daripada 23 mata dari gelanggang, enam daripada tujuh menerusi lontaran bebas dan menyumbang sembilan asis ketika Celtic kembali bersaing selepas menyerahkan 16 mata pertama untuk menewaskan Wizards dalam perlawanan pembukaan pusingan kedua best-of-seven Eastern Conference.
“Ia adalah usaha berpasukan,” kata Thomas. “Kami menghasilkan kemenangan besar. Kami tidak menyerah kalah. Kami tidak menundukkan kepala. Dari pemain pertama sehingga ke akhir, setiap orang menyumbang dan kami mendapatkan kemenangan.”
Pemain pertahanan Boston itu berlepas untuk beraksi selepas pada Sabtu lalu memberikan ucapan dalam acara pengebumian adik perempuannya, Chyna di Washington. Dia terbunuh dua minggu lalu dalam satu kemalangan kereta.
“Bola keranjang, apabila saya berada di atas gelanggang, ia terus mendorong saya beraksi,” kata Thomas. – AFP
