Saturday, July 26, 2025
32 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isak pertimbang tinggalkan Newcastle United

    LONDON, 25 JULAI – Alexander Isak dilaporkan telah memaklumkan kepada Newcastle bahawa dia ingin meneroka kemungkinan untuk berpindah, ketika kelab itu mengesahkan pemain itu tidak tersenarai dalam skuad yang akan ke Asia bagi siri perlawanan persahabatan pramusim.
     
    Akhbar Daily Mail kelmarin melaporkan bahawa pengurusan Newcastle ‘sedia maklum mengenai hasrat Isak untuk mempertimbangkan pilihannya pada musim panas ini.’
     
    Perkembangan itu muncul beberapa jam selepas kelab Liga Perdana Inggeris yang dimiliki Arab Saudi itu menyatakan bahawa penyerang berusia 25 tahun tersebut akan terlepas jelajah Asia ‘akibat kecederaan ringan pada paha’.
     
    Isak menjaringkan 23 gol Liga Perdana Inggeris musim lalu, menjadikannya antara pemain paling dikehendaki di dunia dan telah dikaitkan dengan juara England, Liverpool.
     
    Daily Mail melaporkan bahawa Liverpool masih berminat mendapatkan pemain antarabangsa Sweden itu walaupun telah mengumumkan ketibaan penyerang Eintracht Frankfurt, Hugo Ekitike, pada Rabu. – AFP
     
    Alexander Isak ketika meninggalkan padang semasa perlawanan akhir Piala Liga Inggeris antara Liverpool dan Newcastle United di Stadium Wembley, barat laut London pada 16 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda