Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ISB kekal rekod tanpa kalah

    Oleh James Kon – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menyaksikan perlawanan bola keranjang antara pasukan Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) dan Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan (CHMS BSB) bagi Kategori Perempuan Bawah 18 tahun (B-18) pada Kejohanan Bola Keranjang antara Sekolah AEWON PPE, semalam.

    Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah yang mewakili pasukan ISB, turut mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA).

    Pasukan ISB berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah mereka pada kejohanan kali ini dengan menewaskan pasukan CHMS BSB dengan keputusan 48-16. Turut hadir dalam acara itu adalah Rinawaty binti Abdullah.

    Dengan kemenangan dua kali dalam dua perlawanan, ISB kini menduduki tempat teratas dalam carta. Manakala, pasukan CHMS BSB menduduki tempat kedua dengan satu kemenangan dan satu kekalahan. Pasukan Chung Hua Kuala Belait (CHMS KB) pula berada di tempat ketiga dengan satu kemenangan dan satu kekalahan. Manakala pasukan STPRI yang belum meraih kemenangan dalam dua perlawanan menduduki tempat terakhir dalam kategori tersebut.

    Pasukan ISB seterusnya akan berentap dengan pasukan STPRI pada 28 November ini.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menyaksikan kejohanan tersebut di Gelanggang Bola Keranjang BBA. – GAMBAR OLEH JEFFREY WONG
    YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah beraksi pada kejohanan tersebut di Gelanggang Bola Keranjang BBA. – GAMBAR OLEH JEFFREY WONG

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...