Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    ISB lancar inisiatif tanam pokok, rai ulang tahun ke-60

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Sempena ulang tahunnya yang ke-60, Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) telah melancarkan inisiatif penanaman pokok, 60 Trees to Celebrate 60 Years sebagai menandakan enam dekad kecemerlangan akademik inklusif.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara yang berlangsung di ISB Sungai Akar itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

    Aktiviti penanaman pokok telah dirasmikan oleh Awang Aliuddin; Pengerusi Lembaga Pengarah ISB, Dato Seri Paduka Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa; dan Timbalan Ketua di Pejabat Perubahan Iklim Brunei, Awang Abdul Matiin bin Kasim.

    Acara tersebut dianjurkan oleh ISB dengan kerjasama Pejabat Perubahan Iklim Brunei, di mana sebanyak 60 pokok ditanam di seluruh sekolah ISB di daerah ini dan di ISB Seria serta Pusat Pembelajaran Inklusif (CIL) ISB di Panaga.

    Usaha berkenaan sejajar dengan Strategi 2 Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Brunei yang bertujuan untuk menanam 500,000 pokok bagi meningkatkan litupan hutan negara menjelang 2035.

    Turut hadir pada acara itu ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah ISB, Nicholas King; Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari serta penaja dan tetamu khas yang lain.

    Terdahulu acara penanaman pokok dilancarkan, Pengetua Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif ISB, Dominic Morley dalam ucapannya antara lain menjelaskan, ulang tahun ke-60 ISB tahun ini adalah pencapaian bersejarah dan merayakannya dengan inisiatif penanaman 60 pokok.

    Inisiatif penanaman pokok berkenaan turut menyaksikan penyertaan wakil dari syarikat penaja, ahli-ahli Lembaga Pengarah ISB dan ISB Eco Warriors.

    Awang Aliuddin bergambar ramai dengan warga ISB yang hadir pada acara tersebut di ISB Sungai Akar. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...