Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    ISB lancarkan plak sempena ulang tahun ke-60

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) baru-baru ini melancarkan plak yang mempamerkan Ulang Tahun ISB ke-60 pada majlis perasmian yang berlangsung di Kampus ISB, Bandar Seri Begawan.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis perasmian berkenaan ialah Pengerusi Lembaga Pengarah ISB, Dato Seri Paduka Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa.

    Dalam pada itu, Dato Seri Paduka Haji Ahmad berkata, “Dalam mencapai pencapaian bersejarah jubli berlian ISB, kami amat berterima kasih kepada para komuniti yang selama ini telah menyokong ISB dan memainkan peranan penting dalam membina persekitaran yang menyokong dan inklusif sekolah tersebut.

    “Komited terhadap misi kami untuk memberi inspirasi kepada minda, membentuk nilai dan membina masa depan, ISB berbangga menjadi mercu tanda kecemerlangan pendidikan,” ujarnya.

    Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah ISB, Nicholas King, Roy David Kurian, Jorge Vega dan Wong Chin Toon.

    Pengetua Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif ISB, Dominic Morley; Pengurus Besar ISB, Vienna Law; dan pasukan pengurusan kanan serta kakitangan pentadbiran ISB juga turut hadir pada majlis tersebut.

    (Dari kiri) Jorge Vega, Wong Chin Toon, Roy David Kurian, Nicholas King, Dato Seri Paduka Haji Ahmad, Dominic Morley dan Vienna Law bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN ISB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...