Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    ISB pupuk semangat kenegaraan dari kecil

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan ISB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) turut memeriahkan suasana kampus dengan penuh nilai-nilai patriotisme menerusi beberapa siri perhimpunan khas bersempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikongsikan oleh ISB, hari ini, menyatakan seluruh pelajar serta warga sekolah di kampus berkenaan telah dihiburkan dengan pameran warisan budaya dan sejarah Brunei yang diketengahkan oleh golongan pelajar Bahasa Melayu pertama dan kedua di kedua-dua sekolah peringkat rendah dan menengah.

    Pengetua Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif ISB, Dr Stephen Kendall-Jones, berkata mereka amat berbangga untuk menyokong sambutan Hari Kebangsaan dan sejajar dengan tema ‘Menjayakan Wawasan Negara’ bersama rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam melalui perhimpunan sedemikian dengan mempromosikan warisan budaya, tradisi tempatan, dan Wawasan Brunei 2035.

    Manakala empat perhimpunan berasingan telah diadakan oleh kumpulan persembahan pentas di mana setiap perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’, diikuti dengan persembahan kreatif cerita rakyat tradisional Brunei, lagu dan tarian asli.

    Perhimpunan sekolah ISB dari peringkat rendah turut menampilkan persembahan kebudayaan khas oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan begitu juga persembahan daripada pelajar-pelajar Tahun 4, 5, dan 6.

    Sementara itu, perhimpunan peringkat menengah ISB pula telah dikendalikan dan diketuai oleh pelajar Tahun 12 sekali gus menggabungkan persembahan menarik menerusi penceritaan semula The Tale of Nahkoda Manis secara kreatif. Di samping itu, persembahan bacaan puisi berjudul ‘Tanah Airku Tercinta’, dan diikuti dengan persembahan kejutan daripada tetamu istimewa, Dayang Aisyah Zulkarnain, selaku penyanyi, penulis lagu dan alumni ISB.

    Menerusi siri perhimpunan khas berkenaan, ia sememangnya bermatlamat untuk menyemai semangat patriotisme dalam diri pelajar dan warga sekolah dengan sama-sama ditekankan mengenai pentingnya meraikan acara kenegaraan tersebut sekaligus mendidik jati diri penuh nasionalisme dari semasa ke semasa.

    ISB turut memeriahkan suasana kampus dengan penuh nilai-nilai patriotisme menerusi beberapa siri perhimpunan khas bersempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39, baru-baru ini.
    Persembahan kebudayaan khas oleh KKBS.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...