Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ISB rai pelajar Tahun 6 2021

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), baru-baru ini, telah meraikan pelajar-pelajar Tahun 6 kelas 2021 sekali gus menandakan permulaan peralihan pelajar kepada pendidikan menengah di ISB.

    Diadakan di dewan teater sekolah berkenaan, majlis tersebut juga disertai kumpulan pelajar Tahun 6 dari ISB Seria.

    Turut diraikan pada majlis itu ialah cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan ISB, semasa majlis tersebut, para pelajar, ibu bapa yang hadir dan kakitangan berpeluang merenung kembali perjalanan pelajar di sekolah rendah dan mengharapkan permulaan bab baharu dalam pendidikan mereka.

    Pada majlis itu, setiap pelajar menerima sijil tamat pengajian rendah di samping menyaksikan video yang menunjukkan mesej-mesej daripada setiap pelajar Tahun 6, berkongsi beberapa saat yang tidak dapat dilupakan di Sekolah Rendah ISB. Majlis turut menyaksikan persembahan oleh semua pelajar Tahun 6 yang diraikan.

    YAM Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah semasa menerima sijil pada majlis itu. – Gambar serahan ISB

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda