Tuesday, December 24, 2024
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ISD tahan remaja lelaki rancang serangan ideologi IS

    SINGAPURA, 18 Okt – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura (ISD) telah menahan seorang remaja lelaki didakwa merancang serangan pengganas yang diilhamkan oleh ISIS di pinggir bandar negara itu, kata Menteri Dalam Negeri Singapura, K Shanmugam, hari ini.

    Remaja berusia 17 tahun itu telah menjalani latihan serangan dengan menggunakan pisau yang ditontonnya melalui kegiatan propaganda Islamic State sebelum dia ditangkap Ogos lalu, kata Shanmugam.

    “Dia sangat serius menjalani latihan gerakan tersebut. Dia meneliti sasaran yang menyebabkan kematian, terutama pada bahagian leher,” kata Shanmugam kepada pemberita.

    “Bagaimanapun, ISD telah berjaya menahannya tepat pada masanya,” tambahnya.

    Remaja itu, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, didakwa merancang untuk melakukan serangan bertepatan dengan cuti sekolah September lalu apabila kawasan itu akan dipenuhi orang ramai.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ISD berkata remaja itu terdedah dengan pengaruh ekstrem dalam talian yang disiarkan oleh kumpulan IS selepas serangan Hamas ke atas Israel 7 Oktober tahun lalu.

    “Beliau menyertai pelbagai kumpulan dalam talian yang menyediakan maklumat terkini mengenai aktiviti ISIS dan menerima retorik ISIS yang mempromosikan penggunaan keganasan untuk menubuhkan khalifah Islam,” kata ISD.

    “Menjelang Januari, pemuda itu telah menjadi penyokong tegar ISIS dan bercita-cita untuk mati sebagai syahid semasa berjuang untuk kumpulan itu,” tambahnya.

    Dia telah berikrar taat setia kepada IS dan berhasrat untuk pergi ke Syria untuk berperang di sana, menurut ISD.– AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda