AMMAN, 23 JAN – Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) kelmarin mengecam ‘tingkah laku biadab’ membakar naskhah Al-Quran oleh pelampau di Stockholm, Sweden, lapor Petra.
Tindakan ini menunjukkan tindakan tidak bertamadun yang bercanggah dengan semangat toleransi dan menunjukkan ketidakpercayaan terhadap kepelbagaian budaya dan doktrin.
Perbuatan itu juga boleh membawa kepada tercetusnya perasaan benci dan menghidupkan semula ucapan kebencian, menurut ISESCO dalam satu kenyataan kelmarin.
Memandang rendah nilai dan prinsip yang mengawal kehidupan negara dan rakyat adalah senjata pemusnah paling berbahaya yang mengganggu struktur keselamatan serta pembangunan dalam masyarakat antarabangsa. – Bernama
