Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    iSHARP hasilkan udang 4,000 tan setahun

    SETIU,18 Feb – Taman Akuakultur Udang Bersepadu (iSHARP) yang dibangunkan oleh Syarikat Blue Archipelago Berhad di Kampung Nyatuh di sini mampu menghasilkan 4,000 tan metrik udang setahun dengan keuntungan kira-kira RM12 juta.

    Pemangku Keua Pegawai Eksekutif Blue Archipelago, Wan Nadhri Wan Fauzi berkata, iSHARP turut mengesksport udang ke luar negara terutama China, Eropah, New Zealand dan juga Singapura, selain menjualnya di pasaran tempatan.

    “Pusat pembenihan udang iSHARP ini memulakan operasi pada 2015 dengan pengeluaran benih udang sebanyak satu bilion setahun bagi menampung keperluan ladang iSHARP dan juga penternak kecil di sekitar pantai timur.

    “Pusat pembenihan seluas 1,000 hektar ini juga mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada 392 orang di mana 90 peratus adalah anak tempatan,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program D’Mukim dan Jualan Sentuhan Rakyat sempena majlis pelepasan benih udang oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini yang turut dihadiri Presiden Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Md Nor Yusof.

    Wan Nadhri berkata, penubuhan iSHARP juga merupakan satu kaedah inovatif untuk memberi faedah seperti menggalakkan kerjasama swasta dengan kerajaan negeri dan juga persekutuan bagi merangsang akuakultur udang secara moden.

    Katanya, ianya juga bagi menghasilkan produk penjenamaan berkualiti tinggi diperakui untuk pasaran antarabangsa.

    Sementara itu Ahmad Razif berkata, ladang udang itu juga mampu menjadi tarikan pelancong ke daerah Setiu bagi melihat, membuat kajian dan mempelajari selok belok menternak udang. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda