Saturday, April 26, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isi borang balik kampung

    KUCHING, 11 Jun – Orang ramai yang ingin pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri diingatkan untuk mengisi borang balik kampung supaya memudahkan polis membuat pemantauan di kawasan kediaman mereka.

    Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Sarawak SAC Shafie Ismail berkata polis akan terus melaksanakan fungsi dan peranannya dalam memastikan keselamatan masyarakat serta kepentingan harta benda awam dan rumah persendirian yang ditinggalkan sentiasa dalam keadaan selamat.

    Beliau berkata semua jabatan agensi tersebut di Sarawak digerakkan bagi melaksanakan tugas rondaan pencegahan jenayah, risikan operasi dan pemantauan kawasan kediaman serta premis perniagaan sepanjang tempoh cuti perayaan ini.

    SAC Shafie Ismail (dua ,kanan) memakaikan topi keledar baharu kepada pengguna jalan raya selepas melancarkan Op Selamat 13/2018 sempena perayaan Aidilfitri, kelmarin. – Bernama

    “Bagi mencapai objektif Op Selamat ini, polis tidak mampu bertindak sendirian, saya menggesa masyarakat yang merancang meninggalkan kediaman masing-masing hendaklah mengambil langkah keselamatan yang difikirkan perlu…di samping mengisi borang pemakluman balik kampung yang boleh diperoleh di balai polis berdekatan atau dimuat turun daripada portal rasmi polis,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam ucapan pelancaran Op Selamat sempena Aidilfitri peringkat Sarawak di sini hari ini, turut hadir Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda