Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isi cuti sekolah dengan EIC-Tivities

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Bersempena musim cuti penggal kedua persekolahan yang bermula hari ini, Kementerian Pendidikan melalui Pusat Keusahawanan Inovasi (EIC) menganjurkan aktiviti EIC-Tivities (September School Holiday) khusus untuk para pelajar peringkat rendah dan menengah seluruh negara termasuklah golongan ibu bapa dan penjaga serta guru yang berminat.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, hari ini, EIC-Tivities kali ini bertemakan Smart Exam Revision dan akan berjalan sehingga 6 September depan.

    Sebanyak 12 jenis aktiviti iaitu tiga aktiviti bagi sekolah rendah dan sembilan aktiviti bagi sekolah menengah akan dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom.

    Manakala sesi perbincangan yang dinamakan Coffee and Cendol Chat juga akan diadakan pada hari penutup program berkenaan yang bertujuan untuk sama-sama mengongsikan dan membuat rumusan bagi keseluruhan aktiviti sepanjang program dijalankan.

    Untuk keterangan dan pertanyaan lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn atau mengikuti Instagram EIC @eic_moe dan berhubung terus melalui e-mel, eic@moe.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda