Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – SugarBun Brunei melangkah setapak lagi dalam usahanya mendekati lebih ramai komuniti di Negara Brunei Darussalam dengan menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM).
Melalui kerjasama ini, SugarBun Brunei akan memberikan baucar promosi istimewa kepada setiap pelanggan yang mengisi minyak petrol atau diesel di stesen minyak Shell yang mengambil bahagian iaitu 23 buah stesen.
Pengarah Urusan SugarBun Brunei, Chan Fui Meng berkata, “Untuk promosi kali ini, kami menawarkan produk-produk terpilih dalam rangkaian menu pilihan SugarBun seperti Set Nasi Sambal Ayam Goreng, Set Burger, Ayam Goreng dan Set Hidangan Keluarga pada harga yang sangat luar biasa murah, jimat dan berkualiti.

“Kami di SugarBun Brunei berharap lebih ramai yang akan berkunjung ke cawangan Restoran SugarBun Brunei dan lebih dekat lagi dengan setiap pelanggan serta menjadi jenama yang sinonim dengan masyarakat Brunei Darussalam kelak,” ujarnya.
Beliau dan seluruh warga kerja SugarBun Brunei turut mengambil kesempatan menyembahkan ucapan Selamat Hari Keputeraan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan mendoakan agar Baginda sentiasa dilindungi Yang Maha Esa dan kekal karar memerintah negara.
Promosi ini bermula esok hingga 31 Ogos 2017 di seluruh cawangan SugarBun Brunei.