Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan BSM
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, memaklumkan bahawa perkhidmatan pengisian minyak sendiri kini boleh didapati di Stesen Minyak Lumut, Kampung Sungai Bakong bagi minyak, Shell Premium fuel (Ron 97).
Kenyataan menyatakan lagi bahawa service champions bersedia untuk memberikan bimbingan kepada pelanggan bagaimana untuk mengendalikan pengisian minyak sendiri dan bagi melayani sebarang pertanyaan berhubung pengisian sendiri minyak.
Orang ramai boleh membuat pembayaran di kaunter pembayaran menerusi cermin sambil mengamalkan penjarakan sosial.
Kenyataan turut mengingatkan orang ramai untuk mematuhi garis panduan berhubung COVID-19 daripada Kementerian Kesihatan di stesen jualan berkenaan.