Thursday, May 8, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iskandar juara di Rusia

    KUALA LUMPUR – Pemain profesional Malaysia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin (gambar bawah) merangkul kejuaraan pertamanya sejak keluar dari naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila mengungguli Cabaran Antarabangsa White Nights di St. Petersburg, Rusia hari ini.

    Pemain perseorangan lelaki berusia 28 tahun itu yang bergerak secara profesional tahun lalu menumpaskan Siddharth Pratap Singh dari India 21-13, 21-16 dalam perlawanan akhir di Arena Generala Knysha Street.

    Terdahulu, Iskandar menumpaskan rakan sepasukan Siddharth, Yahul Yadav Chittaboina 21-15, 21-18 pada pusingan pertama sebelum membenam Camilo Borst dari Jerman 21-3, 21-8 pada pusingan kedua.

    Dia meneruskan kemaraan dengan mengetepikan pemain Austria, Wolfgang Gnedt 21-16, 21-16 pada pusingan ketiga, diikuti Misha Zilberman dari Israel 21-9, 22-20 pada suku akhir.

    Dalam saingan separuh akhir, pemain kelahiran Johor itu dipaksa berhempas pulas ketika menundukkan pencabar dari Finland, Kalle Koljonen 21-17, 19-21, 21-12. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda