Thursday, May 8, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iskandar Zulkarnain dalam sejarah Macedonia

    ATHENS – Bagi penduduk moden Yunani, Iskandar Zulkarnain atau lebih dikenali sebagai ‘Alexander The Great’ merupakan bahagian penting dalam warisan budaya mereka yang kaya malah ia merupakan sejarah terbesar dalam negara itu apabila beliau telah berjaya menumpaskan empayar Parsi dan membawa budaya Yunani sejauh ke negara Mesir dan juga India.

    Namun bagi wilayah-wilayah negeri Yunani, yang mana telah menghabiskan masa mereka dengan menentang ayah Iskandar Zulkarnain, Phillip II dari Macedon, kurang bersemangat untuk meraikan legenda sejarah itu.

    Ayahnya berperanan sebagai seorang jeneral yang berpengalaman dan diplomat yang telah membawa transformasi terhadap Macedon, Macedonia purba, daripada sebuah kerajaan yang lemah kepada sebuah kerajaan yang berkuasa. Phillip telah melancarkan kempen untuk mengalahkan wilayah-wilayah negeri Yunani, yang mana akhirnya telah berjaya menewaskan Athens dan Thebes semasa Peperangan Chaeronea pada tahun 338 sebelum Masihi. Untuk pertama kali dalam sejarah, kebanyakan tanah-tanah besar Yunani berada di bawah pengaruh satu pemerintahan, mengakhiri beberapa dekad peperangan yang saling menghancurkan.

    “Philip merupakan pemerintah yang tidak bertanggungjawab, yang mana sentiasa mencuba dan akhirnya berjaya untuk mengembangkan kuasa Macedonia daripada kuasa negara Greece yang lain dan setentunya, lebih banyak individu-individu antagonis menentangnya,” kata Reinhard Senff, Pengarah Saintifik Institusi Arkeologi Jerman di Athens, Greece kepada media.

    Pada ketika itu, kebanyakan penduduk Yunani tidak menganggap Macedonia sebagai salah satu tradisi Hellenic walaupun mereka bercakap dalam Bahasa Yunani dan memuja dewa yang sama.

    Akan tetapi, kontras dengan kebanyakan wilayah-wilayah demokratik Yunani, Macedon adalah monarki. Soalan tentang warisan Macedonia purba sering kali isu utama dalam beberapa perbincangan walaupun berada di zaman moden ini di mana Greece dan Macedonia, bekas negara-negara Yugoslav, berusaha untuk menyelesaikan pergolakan 27 tahun terhadap nama yang sesuai dan terbaik.

    Zenith, pengaruh Yunani

    “Para pemidato yang gemilang pada era tersebut, Demosthenes Athens berkata dengan ucapan yang penuh marah menentang Philip dan memanggilnya sebagai ‘biadap’ dan ‘bersikap memaksa’,” kata Stephen Miller, seorang profesor emeritus di Univerisiti California, Berkeley.

    “Bagi Demosthenes, sesiapa yang tidak bersetuju dengan kenyataan mereka akan dianggap sebagai ‘biadap’. Malah kumpulan ini turut memanggil rakan-rakan Athens sebagai biadap,” tambah Stephen lagi kepada media.

    Salah satu zaman kegemilangan semasa pemerintahan Phillip ialah kemunculan Iskandar Zulkarnain yang telah berjaya menewaskan Kota Thebes setelah kota itu menimbulkan misi pemberontakan. Namun Macedonia purba tetap menanamkan budaya Yunani dan pendidikan menjadi fokus utama.

    Iskandar Zulkarnain merupakan peminat utama Homer Illiad dan Phillip telah menyenaraikan ahli falsafah terkenal Athens, seperti Aristotle untuk mendidik Iskandar Zulkarnain.

    “Gelanggang raja di Macedon, dari abad ke-5 dan seterusnya, menunjukkan budaya Yunani, di mana mereka mengamalkan budaya dan juga pendidikan Yunani,” kata Senff lagi kepada media.

    Tugu Iskandar Zulkarnain yang terletak di ibu kota, Macedonia.
    Philip kemudian mendedikasikan satu monumen untuk dirinya sendiri dan menyimpan namanya sekali, ‘The Phillippeion, Zeus kepada Olympia’ dan masih wujud sehingga ke hari ini.

    Selain berfungsi sebagai bekas raja Macedonia, Phillip juga ikut serta dalam temasya Sukan Olimpik, pertandingan yang mula diasaskan oleh Yunani.

    Kuda yang dimiliki oleh raja tersebut telah memenangi sebanyak tiga kali kejohanan sukan dan Philip kemudian mendedikasikan satu monumen untuk dirinya sendiri dan menyimpan namanya sekali, The Phillippeion, Zeus kepada Olympia dan masih wujud sehingga ke hari ini.

    “Apa yang boleh dikatakan ialah asal Raja Yunani Macedonia sebenarnya telah diterima khususnya ketika abad ke-15 sebelum Masihi,” kata Miller lagi kepada media.

    Selain itu juga, keturunan keluarga diraja Macedonia dikatakan merupakan keturunan daripada wira mitos Yunani, Hercules, namun subjek ini dianggap berbeza-beza oleh penduduk Yunani.

    “Macedonia tidak diiktiraf Yunani oleh orang Yunani, sejauh mana yang saya ketahui sehinggalah diakhiri periode klasik dan hanya keluarga diraja sahaja diakui dan dimasukkan dalam Olympia,” kata Senff, ketua kerja penggalian di tempat kelahiran Olimpik.

    Penaklukan Iskandar Zulkarnian menandakan kemunculan pengaruh Yunani dan juga kuasa di kawasan Timur dan Tengah Asia sehinggalah ke kawasan Utara Afrika.

    Selepas sahaja kematian tokoh ini, wilayah-wilayah yang pernah ditakluki oleh legenda ini masih kekal sehingga ke hari ini yang dikenali sebagai Mesir, Turki, Syria, Afghanistan dan juga India. Ketika periode ini, ia dikenali sebagai era Hellenistik, mampu bertahan sehingga 300 tahun sehinggalah kemunculan era Kerajaan Rom.

    Pihak Rom kemudiannya mencipta wilayah baru dan memanggil Macedonia sebagai salah sebuah wilayah moden bersama dengan negara Albania, Macedonia dan Bulgaria. Penduduk Slovakia kemudian berhijrah ke negara ini, Macedonia dari abad ke-6 selepas Masihi ke atas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda