Sunday, May 25, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Islam di bumi Brunei Darussalam

     

    Oleh Dr. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong

    Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja Negara Brunei Darussalam

     

    PADA 30 hingga 31 Oktober 2017, Pejabat Sekretariat Majlis Melayu Islam Beraja telah di undang untuk membentangkan satu kertas kerja perdana bertajuk Islam di Brunei : Kedatangan dan Perkembangan. Seminar yang berlangsung selama dua hari itu dianjurkan oleh Universiti Sumatera Utara dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia untuk mengumpul maklumat tentang kedatangan awal Islam di Alam Melayu sebagai sumber rujukan dan penerbitan.

    Sebanyak lima kertas perdana telah dibentangkan dari tiga buah Negara iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia di samping 18 kertas kerja yang lainnya disampaikan pada hari kedua seminar.

    Dalam ucapan perasmian yang telah disampaikan oleh Rektor Universiti Sumatera Utara Prof, Dr. Runtung menjelaskan bahawa antara lain matlamat seminar ini ialah untuk menerbitkan kertas kerja yang telah dibentangkan dalam jurnal antarabangsa bagi mengetengahkan penemuan-penemuan baru tentang informasi kedatangan dan perkembangan Islam di Nusantara. Di samping untuk membangun satu perspektif yang baru mengenai Islam untuk masyarakat Nusantara.

    Sebanyak lebih kurang 100 peserta telah hadir di seminar tersebut yang terdiri dari pensyarah-pensyarah, pegawai-pegawai kerajaan, para akademik dan mahasiswa dari universiti-universiti di Indonesia dan Malaysia. Manakala dari Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh penulis sendiri bersama Haji Dzulkiflee bin Haji Abd Latif dan Pengiran Haji Hassanan bin Pengiran Haji Zohari serta Awang Muhammad Yusrin bin Dr Muhammad Hadi. Haji Zulkiflee bin Haji Abd Latif telah membentang kertas kerja mengenai sejarah Hukum Kanun Brunei dengan menumpukan perbincangan pada perlaksanaan dan pengamalan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara di bumi Brunei Darussalam.

    Kebanyakan kertas kerja telah dibentangkan mengetengahkan penemuan baru bukti-bukti dan kesan sejarah kedatangan awal Islam di Nusantara. Pembentang dari Indonesia lebih banyak memfokuskan kedatangan awal Islam berdasarkan penemuan batu-batu nisan Acheh khususnya yang ditemui di Daerah Acheh dan Barus di Sumatera.

    Rombongan telah berkesempatan dibawa melawat tempat bersejarah dan menarik di Kota Medan termasuk ke Danau Toba.

    Perwakilan dari Negara Brunei Darussalam yang menyertai Seminar Kedatangan Islam di Nusantara, Medan Indonesia.

    Hasil dari kajian dan penyelidikan yang telah disampaikan dalam dua hari seminar telah disimpulkan bahawa berdasarkan penemuan batu-batu nisan dan kesan peninggalan sejarah, Agama Islam telah datang ke Alam Melayu dalam abad 11 Masihi. Misalnya di Pekan Pahang ditemui batu nisan yang bertarikh 1028 Masihi, dan di Gresik, Jawa Timur juga bertarikh 1028 Masihi, manakala di Pham Prang, Vietnam bertarikh 1039 Masihi.

    Berdasarkan perbincangan dan pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh para peserta telah diakui bahawa Ugama Islam paling awal telah datang di Nusantara berdasarkan sekitar abad ke 11 Masihi dengan bersandarkan batu-batu nisan. Manakala di Borneo berdasarkan kepada catatan dokumen China dalam Dinasti Sung Ugma Islam telah datang pada abad ke-10. Ini terbukti melalui kedatangan rombongan dari Kerajaan Brunei Tua yang dikenali Poli ke Nanjing pada tahun 977 Masihi yang diketuai oleh Pu Ya-Li (Abu Ali), Shih Nu (Sheikh Noh) dan Qadhi Kasim. Penyebutan nama-nama Pu Ya-Li dan Qadhi Kasim adalah nama-nama orang Islam sebagai bukti kewujudan kedatangan awal Islam di kepulauan Borneo.

    Bagaimanapun, pertapakan kerajaan Islam di Borneo telah berlangsung pada abad ke-14 Masihi apabila Awang Alak Betatar memeluk Islam pada tahun 1368 Masihi. Dengan lain perkataan bahawa Islam telah bertapak di Brunei sudah hampir 649 tahun dan terus berkembang sehingga ke abad 15 dan 16 Masihi di keseluruhan Pulau Borneo dan pesisirnya termasuk kepulauan Filipina.

    Islam menjadi ugama rasmi di Brunei lebih kurang dalam kurun Masihi ke-14 apabila Sultan Islam Brunei yang pertama iaitu Sultan Muhammad Shah mengisytiharkan diri sebagai penganut Ugama Islam sebagaimana tercatat dalam ‘Salasilah Raja-Raja Brunei’ sama ada versi Datu Imam Yaakub mahupun versi Datu Imam Aminuddin baginda disebut sebagai Sultan Muhammad. Tetapi dalam batu nisan ‘Rokayah binti Sultan Abd. Majid… yang didapati di Jalan Residency, Bandar Seri Begawan nama baginda disebut Muhammad Shah al-Sultan yang dipelatkan oleh orang Cina sebagai ‘Mahamosha’. Dalam Salasilah Raja-Raja Brunei versi Datu Imam Yaakub ada menyebutkan:

    “… adalah yang pertama kerajaan di Negeri Brunei membawa Agama Islam dan mengikut syariat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam, iaitu Paduka Seri Sultan Muhammad Shah dan saudaranya Sultan Ahmad”.

    Dalam pengamalan sistem beraja lambang ketaatan dan kesatuan rakyat dan raja adalah paling penting dalam ikatan hidup bermasyarakat dan berkerajaan maka setelah pengislaman dari ketua negara (pemimpin), sejarah menyaksikan ramai daripada kalangan rakyat Brunei turut memeluk agama Islam, lebih-lebih lagi selepas era pemerintahan Sultan Muhammad Shah. Sikap pemedulian adinda Sultan Muhammad Shah iaitu Sultan Ahmad menyambut baik kedatangan mubaligh Arab yang bernama Sharif Ali bekas Amir Mekah, pedagang dan pendakwah yang berperanan mengajar baginda Sultan, yang akhirnya menjadi menantu baginda dengan persetujuan rakyat Brunei telah menyebabkan syiar Islam terus menyerlah di bumi Brunei Darussalam.

    Kemudiannya, Sharif Ali ditabalkan menjadi Sultan Brunei yang ketiga terkenal dengan gelaran Sultan Berkat. Maka bermulalah sejarah berkembangan syiar bumi Islam di bumi Islam dengan pembinaan masjid pertama dan perlaksanaan hukum Islam.

    Kemunculan Sharif Ali di dalam kerajaan Islam Negara Brunei Darussalam telah mengukuhkan kemunculan ketamadunan Islam berdasarkan beberapa fakta iaitu di antaranya ‘Pedang Si Bongkok’ (Pedang yang melengkong) yang menjadi tradisi warisan berzaman akan dimiliki oleh Sultan-Sultan Brunei yang ditabalkan mengikut Adat Istiadat Diraja. Pedang Si Bongkok yang serupa itu juga, kini boleh didapati di negara Mesir dan hanya akan layak dimiliki oleh mereka yang dilantik menjadi Amir Makkah.

    Berdasarkan kepada bukti pedang itu, penyelidikan dijalankan bagi mengenal tarikh pemerintahan Amir Makkah sekitar tahun 802H (1400M) abad bermulanya titik pembentukan Kerajaan Kesultanan Islam di Brunei Darussalam. Baginda telah dikahwinkan dengan puteri Sultan Ahmad iaitu Sultan kedua yang bernama Puteri Ratna Kesuma. Memandangkan Sultan Ahmad tiada mempunyai anak lelaki maka atas persetujuan rakyat, Sharif Ali telah ditabalkan sebagai Sultan yang ketiga. Dari keturunan baginda turunnya jurai keturunan kesultanan Brunei yang berjumlah 29 orang sebagaimana yang tercatat di dalam batu tersilah Brunei.

    Perkembangan Islam berada pada tahap memuaskan justeru pegangan rakyat kepada falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), sebagai suatu rangkaian corak kehidupan dalam bermasyarakat dan bernegara yang menentukan hala tuju ke arah kewujudan negara Baydatun Tayyabatun Warrabun Ghafur iaitu negara yang baik yang diredai oleh Allah SWT. Dalam kesimpulan kertas kerja yang disampaikan oleh penulis dan rakan dari Brunei telah diperjelaskan akan kedudukan Ugama Islam sebagai Ugama Rasmi Negara yang menjadi asas penyatuan dan keharmonian hidup masyarakat yang berfalsafah konsep Melayu Islam Beraja.

    Dalam pembentangan kertas kerja dari Negara Brunei Darussalam salah satu soalan penting yang telah dikemukakan oleh peserta seminar ialah sejauh manakah kebenaran kenyataan bahawa Sultan Sharif itu adalah bekas Amir (Gebnor) Kota Mekah. Penulis menjelaskan bahawa kehadiran Amir Mekah di Brunei telah menjadi titik tolak kewujudan hubungan awal Brunei dengan Kota Mekah. Nama penuh baginda ialah Al-Sharif Ali bin Sharif Ajlan bin Sharif Rumaithah bin Mohd. Abu Numaie bin Abu Saad Al-Hassan bin Ali al Akhbar bin Abu Aziz Qatadah bin Idris bin Muta’en bin Abd. Karim bin Isa bin Al Husain bin Sulaiman bin Ali bin Abdullah sehingga kepada Al-Hasan As-Sibti bin Sayidina Ali Karramallahu Wajhahu.(Cucu Rasulullah S.A.W) Latar belakang Sharif Ali: Amir Makkah (Gabenor) pada tahun 797H/1368M adalah ulama’ dan pemikir yang aktif berdakwah.

    Walaupun jauh perjalanan, baginda telah membawa sejumlah besar ulama’ Hijaz yang lain dalam membantu tugas dakwah baginda. Berdasarkan kepada penyelidikan Pusat Sejarah Brunei melalui penemuan dokumen-dokumen dan kitab-kitab lama serta peninggalan batu nisan Sultan Sharif Ali di Kota Batu, Brunei maka terbukti bahawa baginda adalah bekas Amir Kota Mekah yang telah berhijrah ke Brunei bersama para sahabat dan keluarganya tepat pada masanya iaitu pada tahun 797 Hijrah bersamaan 1395 Masihi.

    Sudah menjadi adat dan kelaziman, setiap tetamu negara dan pedagang terlebih dahulu mengadap sembah ke hadapan majlis raja bagi menyampaikan maksud kedatangan, maka peluang ini dimanfaatkan oleh rombongan Syarif Ali bagi memperkenalkan risalah Islam sekali gus menyumbang kepada cara hidup yang sempurna.

    Berkat dari pengalaman dan peribadi Sharif Ali sebagai Amir Makkah al-Mukarramah bumi para anbia, setentunya beliau mampu menyumbang bakti melalui ilmu dan pengalaman kepada pihak Sultan. Maka dengan izin Allah permulaan abad ke-14 itu menjadi catatan bersejarah bagi seluruh keturunan di Brunei dengan pengislaman pihak istana melalui ilmu dan hidayah Allah jua. Ini membuktikan Islam akan lebih kuat dengan kekuatan ilmu dan amal.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://britefamilydental.com.au/wp-includes/bandarqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/dominoqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/ pkv games