Friday, May 16, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Islam sebagai cara hidup yang lengkap

    Oleh Dr.Muhammad Hadi Muhammad Melayong
    Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan
    Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi
    Melayu Islam Beraja

    KITA bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan rahmat dan keredhaan-Nya jua kita terus-menerus menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hasil daripada kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang hampir lima dekad pada tahun ini.

    Sejak Baginda ditabalkan pada 5hb Oktober 1967, jam 3.00 petang di Balai Singgahsana, Istana Darul Hana menjadi Sultan Brunei yang ke 29, Negara Brunei Darussalam telah banyak mencapai kemajuan dan pembangunan demi untuk kesejahteraan dan kemakmuran hidup rakyat dan penduduk negara ini. Dasar-dasar pemerintahan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Baginda dalam tempoh hampir 50 tahun di atas singgahsana Kerajaan Brunei adalah untuk mencapai matlamat dicita-citakan Baginda berdasarkan kepada titah pertama selepas pertabalan pada tahun 1967 bagi menyambung laila harsat Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khiairi Waddien demi laila kemakmuranan, keamanan dan kesejahteraan. Sebagaimana titah Baginda:

    …dengan izin Allah dan dengan harapan Beta akan mendapat segala nasihat2 dan pempinan dari Paduka Ayahnada, maka Beta selaku Sultan dengan sedaya upaya Beta akan berusaha pada menjalan dasar2 Paduka Ayahanda dan akan sentiasa memelihara ketenteraman dan laila usaha menjalankan dasar2 Paduka Ayahanda dan akan senantiasa memelihara ketenteraman dan laila usaha bagi kemaamoran negara serta memelihara nama baik Negeri Brunei Darus-Salam juga mementingkan laila usaha dan meninggikan taraf hidup raayat melalui laila rancangan dan kesejahteraan perkembangan negara yang telah dan sedang di-buat oleh Paduka Ayahanda dahulu, dan mudah2—an dengan izin Allah, Beta juga senantiasa akan menjaga dan memelihara dengan tidak kendor2-nya laila usaha mengenai Ugama Islam yang benar2 dan adat Istiadat Negeri Brunei.

    Dasar ini adalah penegakan kepada nilai kemelayuan, keislaman dan Kerajaan berlandaskan kepada Perlembagaan Negeri Brunei 1959 yang telah diperjuangkan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien bagi mengembalikan kedaulatan Negara Brunei Darussalam.

    Visi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melahirkan satu negara yang aman, sejahtera dan makmur di bawah keredaan Allah Subhanahu wa Ta’ala seperti yang difirmankan dalam Al-Quran sebagai “Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafuur” yang bermaksud negara baik.

    Bagi mencapai dan mengekalkan kewujudan negara yang dimaksudkan dengan memelihara kesucian Ugama Islam adalah merupakan tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh semua lapisan rakyat dan penduduk negara ini untuk sama-sama menjelmakan impian dan cita-cita tersebut. Oleh itu ‘Negara Baik’ yang difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai “Baldatun Thayyibatun”, yakni negara yang aman, sejahtera lagi makmur. Manakala “Wa Rabbun Ghafuur”, yakni yang berdiri kukuh di bawah keredaan dan keampunan Allah Subhanahu wa’ Ta’ala pada kenyataannya memang telah kita nikmati dan miliki dewasa ini.

    Kewujudan ‘Negara Baik’ ini adalah satu matlamat universal yang ingin dicapai oleh setiap penduduk dunia. Namun tidak semua umat manusia itu dapat merasainya kerana nikmat dan kesejahteraan hanya akan wujud atas kehendak dan limpah kurnia Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada umat-Nya yang beriman dan bertakwa.

    Alhamdulillah, laila harsat bagi memelihara dan menjaga kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi negara telah kita laksanakan sebaik-baiknya untuk mencapai ke taraf manusia yang beriman dan bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai kunci kejayaan untuk hidup di dunia dan akhirat. Inilah matlamat hidup yang perlu diraih di bumi Brunei Darussalam yang menjadi Islam sebagai cara hidup yang lengkap yang berkonsep Melayu Islam Beraja untuk menjadi seorang manusia yang berjaya dan beruntung di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dalam hal ini, Baginda Sultan telah bertitah di Majlis Pertandingan Membaca A-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan pada 4 jamadilakhir 1430H bersama 28 Mei 2009 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas:

    “Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala di atas limpah rahmat-Nya mengurniakan kita kemakmuran, keselamatan dan kesejahteraan. Nikmat ini kita capai adalah hasil dari usaha mematuhi segala ajaran agama Islam selaku cara hidup yang lengkap lagi sempurna”.

    Oleh itu, Al-Quran itu adalah panduan dan pegangan kita untuk menjalani hidup ini supaya tidak terpesong dari jalan yang telah diredai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Selaras dengan konsep Negara Zikir kita hendaklah selalu mendekatkan diri dengan Allah supaya menjauhkan dari melakukan perkara-perkara yang dilarangNya sebagai satu cara hidup masyarakat Brunei. Baginda bertitah bahawa dengan berzikir, rakyat dan penduduk negara ini berada dalam perhatian dan pemeliharaan Allah Subhanahu wa’ Ta’ala sesuai dengan janjiNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 152, tafsirnya: “Kamu ingati Aku, Aku akan mengingati kamu pula”.

    Demikianlah, Baginda senantiasa mengingati umat Islam di negara ini supaya sama-sama mencari keredaan Allah Subhanahu wa’ Ta’ala dalam semua lapangan kehidupan di mana pun kita berada supaya mengamalkan dan menghayati cara hidup Islam yang lengkap lagi sempurna demi kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Malah perkara ini pernah dititahkan 49 tahun yang lalu sebulan lepas Baginda ditabalkan iaitu semasa Pertandingan Musabaqah Al-Quran Peringkat Negeri bertempat di Padang Besar, Bandar Seri Begawan pada 17hb. November 1967:

    “Ajaran2 di-dalam Al-Quraan menggalakkan dan menyuroh kita yang benar2 menganut Ugama Islam senantiasa bersifat jujur dan amanah semata2 kerana Allah dalam menjalankan kewajipan2 kita dan pada menunaikan tugas2 yang di-tanggongkan kaatas bahu kita”

    Dalam hal ini, semua dasar dan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sepanjang hampir 50 tahun memerintah negara ini adalah berusaha ke arah memelihara kedudukan Islam sebagai agama yang lengkap yang menjurus kepada konsep negara Melayu Islam Beraja (MIB).

    Pencapaian yang telah dinikmati selama dalam tempoh hampir 50 tahun dalam semua bidang pentabdiran, agama, ekonomi dan sosial adalah tanda sebagai keredhaan Allah SWT ke atas bumi Brunei Darussalam. Ini termasuk pencapaian dalam bidang pelaburan besar industri minyak dan gas; pembinaan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta; penerokaan kawasan-kawasan komersial; penubuhan rancangan perumahan negara, pembinaan infastruktur yang moden serta kemudahan-kemudahan asas demi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

    Di samping itu, Kerajaan Baginda telah mengurniakan subsidi bahan-bahan keperluan asas seperti beras, gula, minyak kenderaan dan sebagainya. Malahan secara peribadi baginda Sultan melalui Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah berperanan dalam usaha untuk memperbaiki kehidupan rakyat yang tidak berkemampuan dan berpendapatan rendah dengan bantuan kebajikan yang mencukupi. Ini semua adalah merupakan anugerah dan kurnia dari Allah Subhanahu wa Ta’ala atas keberkatan perlaksanaan dasar-dasar negara yang berteraskan Islam.

    Kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan yang dimiliki ini insyaa Allah akan terus dinikmati selagi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam mensyukuri segala nikmat dan anugerah Allah Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana firmanNya dalam Al-Quran Surah Ibrahim Ayat 26. Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

    Sehubungan dengan itu, sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal akan kita sambut dalam beberapa hari mendatang ini hendaklah kita raikan kejayaan ini dengan nilai-nilai keIslaman dan keluhuran budaya kebruneian khususnya dalam suasana ziarah- menziarahi, kunjung-mengunjungi kaum keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai bagi sama-sama memohon kemaafan demi mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

    Apa yang perlu kita ingat ialah janganlah sampai dalam kegembiraan itu kita lupa peringatan agama kita supaya perkara baik itu dijaga dan jangan dicemari oleh perkara-perkara yang tidak elok dan berdosa yang melanggar hukum syara’ misalnya dalam pergaulan dan bersalaman dengan bukan mahram atau apa jua perbuatan yang bertentangan nilai-nilai budaya dan cara hidup kebruneian seperti sikap meminta-meminta yang menjatuhkan maruah dan martabaat orang Brunei.

    Nikmati dan syukurilah segala rahmat yang telah diterima sepanjang bulan Ramadan yang mulia dan Syawal yang mendatang ini dengan mengamalkan sikap berjimat cermat dan jangan membanjir dalam berbelanja bagi menyambut kedatangan bulan Syawal ini. Ini semua adalah cara hidup yang diajar oleh Islam untuk umatnya yang bertakwa dan beriman.

    Kesimpulannya, sebagai rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kita juga menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kerana berkat dari kepimpinan baginda yang berjiwa Islam selama hampir lima dekad Negara Brunei Darussalam telah mencapai banyak pencapaian serta pembangunan demi kesejahteraan dan kebahagiaan hidup rakyat selaras dengan visi dan hasrat titah yang telah diikrarkan ketika Baginda ditabalkan menjadi Sultan Brunei yang ke 29 pada 5hb Otkeber 1967 yang lalu. Semoga kenikmatan ini akan terus berkekalan. Aamin amin ya rabbal alamin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/