Saturday, March 22, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ismail Izzani sedang kenal hati budi artis Indonesia

    Tanpa berselindung, penyanyi Ismail Izzani memberitahu dia kini sedang mengenali hati budi seorang wanita yang juga merupakan artis asal Indonesia iaitu Gabriella Ekaputri.

    Ismail atau Ismail Izzani Zainal Nazeri, 25, berkata, dia selesa berkawan dengan Gabriella, 24, kerana masing-masing sefahaman dan berada dalam industri hiburan. 

    Menurut Ismail, persefahaman itu membuatkan mereka sentiasa memberikan sokongan terhadap kerjaya antara satu sama lain. 

    “Kami tidaklah bercinta tetapi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Sekarang pun, masing-masing aktif dalam dunia seni. 

    “Saya di sini (Malaysia) dan Gabriella di sana (Indonesia), dia pun berlakon dan buat lagu. Kami hanya memberikan sokongan antara satu sama lain. 

    “Saya selesa dengannya mungkin kerana dia juga berada dalam satu industri (hiburan) yang sama. Dia pun faham dengan kerja-kerja saya,” katanya kepada mStar. 

    Ismail berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim kerjasama Universal Music Malaysia pada malam Rabu.

    Dalam pada itu, Ismail memberitahu mereka berkenalan di media sosial sudah hampir setahun namun masih belum berpeluang bertemu empat mata. 

    Kata penyanyi lagu Bidadari itu juga, dia tidak menyembunyikan persahabatan mereka malah secara terbuka saling berbalas komen di Instagram (IG). – Agensi

    Ismail Izzani kini dalam fasa mengenal budi seorang artis dari Indonesia. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda