Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Ismail Izzani tak mahu jadi hipokrit

    Didakwa sudah berkahwin secara diam-diam penyanyi Ismail Izzani akhirnya mengesahkan khabar angin itu tidak benar dan sehingga kini dia masih belum memiliki teman istimewa.

    Kata Ismail, 23, buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada kerjaya, lebih-lebih lagi usianya masa muda untuk mendirikan rumah tangga.

    ‘Saya masih single! Saya mahu fokus pada diri sendiri.

    “Sebagai seorang manusia mestilah kita mahu mencuba ke arah itu (bercinta) namun buat masa sekarang saya tidak mencari,” katanya kepada mStar.

    Sementara itu, penyanyi lagu Bidadari ini juga mengakui tahun 2022 sangat mencabar buat dirinya kerana terpalit pelbagai kontroversi antaranya video berpelukan di kelab malam.

    Ismail terbuka mengakui dia pergi ke kelab malam. – Agensi

    Mengulas mengenai perkara itu, Ismail berkata sebagai selebriti dia tidak boleh lari daripada isu panas, namun itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya meneruskan karier seni.

    “Saya hanya jadi diri sendiri. Saya mengaku pergi ke tempat sebegitu (kelab malam).

    Kadang-kadang ada sebabnya, mungkin sekadar nak berhibur dan berjumpa rakan-rakan.

    “Bagaimanapun ia tidaklah memberi kesan kepada kerjaya saya. Sebab saya masih bekerja dan terus ada dalam industri ini.

    “Tahun 2022 memang agak mencabar. Apa yang berlaku itu adalah diri saya sendiri dan saya cuba untuk memperbaiki,” jelasnya. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...