WASHINGTON, 31 Julai – John Isner memenangi gelaran ATP Atlanta keempatnya semalam, menyelamatkan mata penamat dalam dua set bagi kemenangan 7-6 (8/6), 7-6 (9/7) ke atas Ryan Harrison.
Pemain pilihan kedua dari AS, Isner memenangi gelaran ATP keduanya dalam masa beberapa minggu selepas menjulang trofi di Newport minggu lalu.
Atlanta adalah tempat sempurna baginya untuk mengekalkan momentum itu. Isner, yang mara ke final dalam tujuh dari lapan edisi kejohanan itu, menambah gelaran keempat yang pernah dimenangi pada 2013, 2014 dan 2015.
Harrison, pilihan keempat, dinafikan gelaran ATP kedua sepanjang kerjayanya, untuk meneruskan dengan kemenangan yang dicatatkan di Memphis pada Februari lalu.
“Tidak banyak yang memisahkan kami,” kata Isner. “Saya merasa gembira untuk memenangi perlawanan dengan ‘straight set’, terlalu gembira untuk menang hari ini.”
Kedua pemain mempertahankan servis sepanjang set pembukaan untuk memaksa perlawanan ke ‘tiebreak’, di mana Isner menghadapi mata penamat pada kedudukan 5-6 tetapi menyelamatkannya dengan servis kencang.
Dia kemudian menyudahkan mata penamat pada kedudukan 7-6 dengan pukulan kemenangan ‘forehand.’
Harrison menamatkan 75 servis Isner berturut-turut, sejak kejohanan Newport minggu lalu, apabila dia mendahului 2-0 pada set kedua.
Tetapi Isner kembali membalas dengan segera, dan mereka bertahan bagi ‘tiebreak’ seterusnya.
Harrison memastikan Isner bekerja keras, menyelamatkan mata penamat dengan kemenangan ‘forehand’ sebelum memastikan mata penamat 7-6.
“Ia adalah satu persaingan dan memerlukan setiap tenaga saya di luar sana,” kata Isner. “Perkara yang lebih penting, saya merasa gembira memenangi kejohanan ini sekali lagi.”
Dengan kemenangan itu, Isner akan berada di depan Jack Sock sebagai pemain ranking teratas AS. – AFP