Thursday, April 24, 2025
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Isnin Tanpa Daging’ September ini

    NEW YORK, 12 Mac – Bermula September tahun ini, seramai 1.1 orang juta pelajar sekolah di bandar New York (NYC) akan memakan makanan vegetarian pada hari “Isnin Tanpa Daging,” menurut pengumuman yang dibuat oleh Datuk Bandar Bill de Blasio, semalam.

    “Mengurangkan memakan daging akan sedikit membantu kesihatan penduduk New York dan mengurangkan pelepasan gas hijau,” kata De Blasio.

    Program berkenaan, yang bermula di 15 buah sekolah di Brooklyn hampir setahun lalu bersama sarapan dan makan tengah hari vegetarian pada setiap hari Isnin, akan dilanjutkan ke dalam sistem sekolah secara besar-besaran.

    “Mengurangkan selera kita untuk memakan daging merupakan salah satu cara terbaik seseorang boleh mengurangkan impak alam sekitar di bumi ini,” kata Pengarah Pejabat Datuk Bandar NYC bagi Kemampanan.

    Beratus-ratus sekolah awam di San Francisco dan lain-lain di bawah kuasa California sudah pun menawarkan para pelajar mereka ‘Isnin Tanpa Daging.’

    De Blasio ketika menyertai makan tengah hari bersama para pelajar di sebuah sekolah di Brooklyn, New York, kelmarin. – AFP

    Satu perundangan Demokratik baharu di California turut mencadangkan para pelajar di negeri itu satu pilihan vegan.

    “Kepada mereka yang tidak menyukai langkah ini, saya menasihatkan anda untuk melihat kepada sains, data, masalah obesiti kanak-kanak.

    “Lihat kepada diagnosis pra-diabetes.

    “Lihat kepada fakta bahawa 65 peratus kanak-kanan Amerika berusia 12 hingga 14 tahun menunjukkan tanda-tanda awal penyakit kolesterol,” kata Presiden Staten Island Borough, James Oddo.

    “Kemudian, anda mungkin menerima fakta bahawa kita tidak akan dapat melakukan perkara sama, termasuklah mengalu-alukan idea itu,” kata Oddo. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda