Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel adakan plihan raya semula 17 September

    BAITULMAQDIS, 30 Mei – Parlimen Israel pada Rabu malam meluluskan undang-undang untuk pembubarannya, dalam tempoh kurang dua bulan selepas pilihan raya umum diadakan pada 9 April, lapor agensi berita Xinhua.

    Pilihan raya baharu dijangka diadakan pada 17 September 2019.

    Rang undang-undang itu mendapat 74 undi menyokong sementara 45 lagi menentang, selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu gagal membentuk kerajaan baharu.

    Parti Likud pimpinan Netanyhu dan parti sayap kanan lain memperolehi majoriti 65 kerusi daripada 120 dalam Knesset (Parlimen Israel) pada pilihan raya April lalu.

    Bagaimanapun, satu daripada parti sayap kanan, parti Yisrael Beiteinu diketuai Avigdor Lieberman, juga bekas Menteri Pertahanan, enggan menyertai gabungan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda