Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel akan laksanakan suntikan vaksin dos keempat COVID-19

    BAITULMAQDIS, 31 DIS – Kerajaan Israel kelmarin berkata pihaknya akan mula menawarkan suntikan vaksin COVID-19 dos keempat kepada golongan paling berisiko.

    Dos akan diberikan selepas mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, lapor Agensi Anadolu (AA). Pada 27 Disember, sebuah pusat penyelidikan di Tel Aviv mengumumkan bahawa mereka telah memulakan kajian terhadap keberkesanan vaksin dos keempat.

    Seramai 6,000 orang termasuk petugas kesihatan dijangka mendapat suntikan terbaharu itu. Berikutan kemunculan baharu varian Omicron, Israel telah menyekat kemasukan rakyat asing ke negara itu. – Bernama

    Warga emas menerima dos keempat vaksin Pfizer-BioNTech, di klinik pesakit luar pusat kardiovaskular di Pusat Perubatan Sheba di Ramat Gan, berhampiran bandar pantai Israel, Tel Aviv, pada 31 Disember 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda