BAITULMAQDIS, 28 April – Israel hari ini membebaskan dua tahanan Syria sebagai ‘tanda muhibah’ selepas mayat salah seorang tenteranya yang hilang sejak 1982 telah dipulangkan awal bulan ini. Tentera Israel berkata dua banduan berkenaan telah dipindahkan ke Palang Merah menerusi penyeberangan Quneitra menuju ke Syria di Golan Heights yang diduduki Israel.
Perkhidmatan penjara Israel berkata banduan-banduan itu adalah Zidan Tawil yang disabit bersalah atas penyeludupan dadah dan dijangka dibebaskan pada Julai dan Khamis Ahmed.
Ia berkata Ahmed adalah anggota Fatah dari kem pelarian Yarmuk di Syria yang pada awalnya dijangka dibebaskan pada 2023 selepas dia cuba menyerang pangkalan tentera Israel pada 2005.
Pegawai Israel yang bercakap tanpa mendedahkan identitinya berkata kelmarin Israel bersetuju untuk membebaskan banduan berkenaan sebagai ‘tanda muhibah’ selepas memulangkan jasad tentera Zachary Baumel awal bulan ini.
Keputusan itu bukan sebahagian daripada perjanjian yang telah diaturkan awal, kata para pegawai. – AFP