GAZA, 2 Mei – Pesawat perang Israel pada Khamis membedil pos tentera Hamas di utara Gaza, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan, menurut agensi berita Xinhua memetik pegawai keselamatan Gaza.
Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata serangan itu sebagai tindak balas berikutan tindakan menerbangkan belon mengandungi bom api yang menyasarkan wilayah Eshkol di selatan Israel pada Rabu malam.
Tegas tentera Israel pihaknya akan menghalang sebarang percubaan untuk membunuh mahupun mencederakan rakyat Israel. – Bernama