Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Israel catat rekod harian tertinggi COVID-19

    BAITULMAQDIS, 5 JAN – Kementerian Kesihatan Israel hari ini mengumumkan hampir 12,000 kes COVID-19 baharu, yang merupakan peningkatan jangkitan harian tertinggi sejak permulaan pandemik COVID-19 hampir dua tahun lalu.

    Menurut angka itu, 11,978 kes baharu COVID-19 dikesan sepanjang kelmarin, melepasi rekod tertinggi negara sebelum ini iaitu 11,344 kes yang dicatatkan pada 2 September tahun lalu.

    Walaupun pada masa ini terdapat hampir 60,000 orang dengan COVID-19 di Israel, jumlah kes serius hari ini hanya 125, menurut kementerian kesihatan.

    Hampir 4.3 juta daripada 9.4 juta penduduk Israel telah menerima tiga suntikan vaksin COVID-19. Dalam beberapa hari kebelakangan ini, pihak berkuasa mula memberikan suntikan keempat kepada kumpulan berisiko.

    Perdana menteri, Naftali Bennett meramalkan peningkatan berterusan kes dan menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin.

    “Gelombang jangkitan sekarang benar-benar meningkat dan kami menjangkakan mempunyai puluhan ribu kes yang disahkan dalam beberapa hari akan datang,” katanya semasa melawat sebuah hospital di tengah Israel.

    “Berita baiknya ialah vaksin berfungsi, jadi sesiapa yang mendapatkan vaksin dan memakai pelitup muka dengan betul mungkin tidak akan sakit teruk dan ia akan berlalu dalam beberapa hari,” katanya.

    Negara itu secara rasmi merekodkan lebih 1.4 juta kes jangkitan COVID-19, termasuk 8,247 kematian. – AFP

    Kementerian Kesihatan Israel kelmarin telah mengumumkan hampir 12,000 kes jangkitan COVID-19 baharu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...