NEW YORK, 16 MEI – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas hari ini menuntut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggantung keahlian Israel dalam badan dunia itu kecuali ia menghormati komitmennya untuk melaksanakan resolusi PBB yang berkaitan. Jumlah resolusi berkaitan Palestin yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB, Majlis Keselamatan dan Majlis Hak Asasi Manusia adalah ‘kira-kira 1,000’, kata Abbas