Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel, Hamas runding ‘gencatan senjata tetap’

    KAHERAH, 30 MEI – Menteri luar Israel Gabi Ashkenazi tiba di Kaherah hari ini untuk mengadakan rundingan bersama rakan sejawatan Mesir Sameh Shoukary mengenai pemeteraian ‘gencatan senjata tetap’ di antara Israel dan pemerintah Gaza Hamas.

    Ashkenazi berkata dalam Twitter dalam Bahasa Arab, Inggeris dan Yunani bahawa lawatannya ke Kaherah adalah ‘lawatan formal pertama seorang Menteri Luar Israel dalam 13 tahun.’

    “Kami akan membincangkan penubuhan gencatan senjata tetap dengan Hamas, mekanisme untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dan pembinaan semula Gaza dengan peranan utama dimainkan oleh komuniti antarabangsa,” tambah beliau.

    Beliau juga berkata kerajaannya ‘komited’ untuk menghantar pulang ta-hanan Israel yang ditahan oleh Hamas.

    Mesir memainkan peranan penting dalam membroker gencatan senjata pada awal bulan ini di antara Israel dan pemerintah Islam Hamas, justeru menamatkan pertempuran selama 11 hari.

    Pegawai kanan keselamatan Mesir mengesahkan kepada AFP hari ini bahawa pemimpin Hamas Ismail Haniyeh juga akan berada di Kaherah untuk perbincangan itu tetapi enggan memberikan butiran lanjut.

    Pada masa sama, ketua risikan Mesir Abbas Kamel yang mengetuai perwakilan keselamatan dijangka mengunjungi Israel dan wilayah Palestin, tambah pegawai.

    “Presiden Abdel Fattah al-Sisi mengarahkan ketua risikan supaya berbincang dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan pihak berkuasa terbabit untuk menubuhkan gencatan senjata tetap dan pembangunan terbaharu di Palestin,” kata mereka. – AFP

    Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry bertemu dengan Menteri Luar Israel Gabi Ashkenazi di Istana Tahrir di Kaherah, Mesir kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda