Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel lancar serangan roket ke Gaza

    ASHDOD, 16 SEPT – Israel melancarkan serangan bom di bandar Gaza awal hari ini selepas tembakan roket dari wilayah itu berlaku serentak dengan pemeteraian perjanjian pemulihan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain di Washington.

    Sekurang-kurangnya dua buah roket dilepaskan dari Semenanjung Gaza pada hari sebelumnya, salah satu daripadanya berjaya dipintas oleh sistem anti-roket Iron Dome Israel. Satu lagi roket mengenai bandar di pesisir selatan Ashdod, mencederakan sekurang-kurangnya dua orang, menurut perkhidmatan kecemasan. Tentera Pertahanan Israel (IDF) berkata jet pejuang mereka memberi tindak balas dengan serangan udara menyasarkan tentera Hamas, yang mengawal Semenanjung Gaza.

    Tidak ada pihak yang mendakwa bertanggungjawab atas tembakan roket dari beberapa puak Palestin yang beroperasi di Semenanjung Gaza.

    Serangan roket dilancarkan selepas UAE dan Bahrain menandatangani perjanjian mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara Israel, menyebabkan bantahan di kawasan Palestin. – AFP

    Tentera Israel berkata mereka telah mengebom bandar Gaza sebagai tindak balas serangan roket yang ditembak dari Semenanjung Gaza pada hari sebelumnya. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda