Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Israel lancar serangan udara di Gaza

GAZA, 2 FEB – Israel melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza hari ini, selepas beberapa jam memintas roket yang dilepaskan dari wilayah Palestin.

Israel berkata serangan pada awal subuh merupakan respons terhadap pelancaran roket dari Semenanjung Gaza ke Israel sebelumnya dan menyasarkan kem latihan tentera yang digunakan oleh pemerintah Islam Gaza, Hamas.

Satu kenyataan dari tentera Israel berkata jet pejuang telah ‘menyerang tapak pengeluaran bahan mentah kimia, pengawetan serta simpanan selain tapak penghasilan senjata’ milik Hamas.

Menurut wartawan dan saksi AFP, serangan roket dan letupan yang dilepaskan boleh didengari dari bandar Gaza sekitar jam 3:15 pagi waktu tempatan.

Menurut sumber dan saksi keselamatan tempatan, melalui serangan pertama, sekurang-kurangnya tujuh roket mengenai pusat latihan Briged Ezzedine al-Qassam, iaitu sayap bersenjata pergerakan Islam Palestin Hamas. – AFP

Api dan asap menjulang naik di atas bangunan di Bandar Gaza ketika Israel melancarkan serangan udara ke atas enklaf Palestin kelmarin. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -