Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel lancar suntikan vaksin dos ketiga

    TEL AVIV, 12 JULAI – Israel hari ini mula memberikan suntikan vaksin Pfizer/BioNTech dos ketiga kepada pesakit dengan sistem imun lemah, ketika kes di negara itu meningkat, kata kementerian kesihatan.

    Mereka yang layak menerima suntikan dos ketiga termasuk orang yang menjalani pemindahan jantung, paru-paru dan buah pinggang dan sesetengah pesakit kanser.

    “Timbulnya bukti meningkat yang menunjukkan pesakit dengan sistem imun rendah tidak menghasilkan respons antibodi yang cukup selepas dua dos vaksin,” kata kenyataan kementerian kesihatan.

    Ia menambah keputusan untuk memberikan dos ketiga didorong oleh kenaikan kes harian.

    Pelancaran vaksinasi Pfizer/BioNTech di Israel adalah antara yang paling cepat di dunia, dan ia berjaya menurunkan kes harian kepada satu digit bulan lalu.

    Dengan lebih 85 peratus daripada populasi orang dewasa menerima suntikan dos lengkap, Israel telah membatalkan kesemua sekatan pandemik, mengembalikan majlis makan dalam restoran dan membatalkan had ke atas perhimpunan besar.

    Namun kemunculan varian Delta, pertama dikesan di India pada April – telah membawa kepada peningkatan dalam penularan, dengan ratusan jangkitan baharu dicatat setiap hari.

    Pakar berkata terdapat tanda-tanda jelas menunjukkan vaksin adalah kurang berkesan dalam mencegah penyakit ringan terhadap varian Delta. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda