Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel langgar perjanjian – PM Palestin

    RAMALLAH, 1 OGOS – Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh berkata negaranya akan menempuh saat-saat getir apabila kerajaan Israel memperkenalkan dasar baharu yang dilihat bertujuan melemahkan usaha penyelesaian dua negara, lapor agensi berita Anadolu.

    Dalam satu kenyataan, Shtayyeh berkata pencerobohan sedang dilakukan rejim zionis Israel, disebabkan pentadbiran Amerika Syarikat (AS), kerana telah membuat kenyataan tidak adil berhubung hak Palestin.

    Beliau berkata Palestin tidak boleh menerima sikap masyarakat antarabangsa yang terus berdiam diri melihat perlakuan rejim Israel dan tindakan Palestin untuk menggantung semua perjanjian dengan Israel baru-baru ini adalah sebagai usaha mengubah pendirian Israel.

    Shtayyeh berkata Israel sedang berusaha menggagalkan penyelesaian dua negara dengan memperluas penempatan Yahudi dan melanggar perjanjian.

    Tegasnya, Israel berterusan melanggar semua perjanjian dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan langsung tidak menghormati sebarang perjanjian, sedangkan kerajaan Palestin terus mematuhi perjanjian dan berusaha mencari keamanan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda